Tempatan

Kes COVID-19 di Sarawak diunjurkan meningkat semula 

KUCHING: Jumlah kes COVID-19 di Sarawak diunjurkan akan meningkat semula. 

Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Dr Sim Kui Hian menasihatkan penduduk di negeri ini terus sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling berikutan trend semasa COVID-19 meningkat. 

“Saya tidak dapat mendedahkan unjuran angka yang meningkat disebabkan ada kes positif COVID-19 yang tidak dikesan dan dilaporkan. 

“Bagaimanapun, pakar tempatan menyatakan bahawa mungkin terdapat kes positif yang kurang dilaporkan kerana ujian kendiri, pengasingan kendiri dan pemantauan diri menjadi kebiasaan kepada semua rakyat Sarawak,” katanya semasa ditemui selepas melancarkan Pusat Kitar Semula Dewa Wira pada Sabtu. 

Ujar Dato Sri Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, masyarakat perlu menerima hakikat bahawa sekarang ini kita semua hidup bersama dengan virus COVID-19. 

“Justeru, kita mesti berhati-hati walaupun varian Omicron menunjukkan gejala yang ringan, tetapi ia dapat menganggu kesihatan kita,” ujarnya. 

Untuk memastikan keselamatan rakyat Sarawak terjamin, Kerajaan Sarawak terpaksa terpaksa mengambil langkah ketat bagi membendung penularan wabak COVID-19. 

“Kami tidak mahu anda menjadi sebahagian daripada statistik seperti tahun lepas. 

“Jika anda mati, bermakna selamat tinggal buat selama-lamanya. Kami tidak mahu begitu,” tegasnya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *