Tempatan

Kesesakan di Bulatan Intan di Samarahan kini sudah berakhir

KOTA SAMARAHAN: Penduduk kini boleh menarik nafas lega apabila persimpangan lampu isyarat di Bulatan Intan di sini telah mula beroperasi. 

Menurut Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan Dato Peter Minos, lampu isyarat di bulatan yang menghubungkan Kota Samarahan, Kuching, Batu 15, Jalan Kuching-Serian dan Kota Sentosa itu siap dan mula berfungsi pada Sabtu. 

“Kini bulatan paling kritikal di Jalan Kuching-Samarahan Expressway sudah dipasang lampu isyarat, (bulatan) Stutong, Tabuan Tranquility dan kini Intan.

“Ia memudahkan pergerakan pengguna jalan raya. Baki dua bulatan yang tinggal akan dipasang JKR dengan lampu isyarat juga dalam masa terdekat,” katanya menerusi kenyataan media. 

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Aidel Lariwoo telah menyempurnakan perasmian lampu isyarat itu. 

Tambah beliau lagi, dengan pembukaan persimpangan lampu isyarat ini membolehkan tempoh perjalanan di kawasan itu lebih singkat dan lancar. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *