Tempatan Kestabilan Politik Kerajaan Persekutuan Penting Tarik Pelabur Asing Perkukuhkan Ekonomi Negara

Kestabilan Politik Kerajaan Persekutuan Penting Tarik Pelabur Asing Perkukuhkan Ekonomi Negara

7

KUCHING: Kestabilan politik Kerajaan Persekutuan sangat penting bagi menyakinkan dan menarik pelaburan asing ke Malaysia.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, jika ketidakstabilan politik Kerajaan Persekutuan berlaku, ia pasti menghilangkan keyakinan kepada pelabur asing untuk melabur di negara ini.

“Kesimpulannya, kita mempunyai politik yang stabil. Sebab orang ramai tidak yakin. Apabila tidak ada keyakinan, maka pelaburan kita terjejas.

“Kalau ini terjejas, tiada pengaliran wang asing masuk ke dalam negara, jadi pelabur asing tidak membeli ringgit kita kerana kurang kestabilan politik Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas merasmikan Masjid Darul Naim Kampung Lintang Kuching pada Jumaat.

Tegas beliau lagi, kestabilan politik di negara ini menjadi kunci dalam menaikkan keyakinan pelabur asing untuk melabur, sekaligus dapat meningkatkan nilai mata wang Ringgit Malaysia.

Mengulas lanjut, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari memberitahu, Sarawak bertuah kerana Kerajaan Sarawak telah mempunyai Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 untuk memajukan negeri ini dan sebagai pelindung kepada tempias akibat inflasi yang berlaku ketika ini.

“Menerusi PCDS 2030 yang telah dirangka, kita sekarang masih melaksanakan projek-projek pembangunan dan ada ‘projek sakit’ kita gunakan rasio kontraktor di mana harga bahan-bahannya kita selaraskan dengan harga barangan ketika ini.

“Ini bermakna projek pembangunan kita di Sarawak akan terus berjalan dan tidak akan menjejaskan dari sudut pekerjaan.

“Sebab itu, kita rasa bertuah atau bernasib baik kerana kita sudah ada strategi dari sudut pembangunan dan ini telah saya jangka,” ujar beliau lagi.

Previous articleSarawak kesan varian Omicron mudah berjangkit, BA.2.12. 1 dan BA.5
Next articleKerajaan umum pemberian tunai tambahan menerusi BKM kepada golongan B40
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here