Dunia Ketua Jabatan Polis Jepun kesal tidak dapat lindungi bekas Perdana Menteri Jepun...

Ketua Jabatan Polis Jepun kesal tidak dapat lindungi bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe

9

TOKYO: Ketua Jabatan Polis Jepun, Itaru Nakamura, pada Rabu mengakui kegagalan pihaknya dalam menjalankan tugas melindungi bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, lapor Sputnik.

“Kami kesal bahawa bekas Perdana Menteri telah ditembak mati. Anggota polis gagal melaksanakan tugas mereka untuk menjamin keselamatan. Sebagai seorang anggota polis, saya kesal.

“Puncanya bukan sahaja membabitkan kegagalan pihak polis bertindak secara spontan sewaktu kejadian; tetapi tanggungjawab besar saya sebagai ketua jabatan, yang sepatutnya menguruskan tugasan semua anggota polis di wilayah itu,” kata Nakamura.

Pada masa yang sama, Nakamura menyatakan hasratnya untuk terus memegang jawatan itu, untuk memastikan perkara sama “tidak berulang lagi.”

Abe maut akibat ditembak pada pagi Jumaat di bandar Nara, Jepun ketika sedang berkempen untuk pilihan raya.

Suspek, Tetsuya Yamagami, 41, menghampiri ahli politik itu dari belakang dan melepaskan dua das tembakan dari jarak kira-kira 10 meter (33 kaki).

Polis memaklumkan ketika kejadian, Abe masih sedarkan diri, tetapi keadaannya menjadi semakin kritikal ketika dalam perjalanan ke hospital.

Hospital Universiti Perubatan Nara kemudiannya mengesahkan Abe meninggal dunia.-BERNAMA

Previous articleGantung operasi, tarik lesen pengilang seludup minyak masak subsidi ke Thailand
Next articleAnak veteran tentera berpeluang lanjut pelajaran di UniRazak secara percuma
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here