Tempatan Ketua Menteri Sarawak kini bergelar Premier Sarawak, berkuatkuasa hari ini

Ketua Menteri Sarawak kini bergelar Premier Sarawak, berkuatkuasa hari ini

5

KUCHING: Gelaran ‘Premier’ yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 15 Februari lalu bagi menggantikan nama jawatan Ketua Menteri kini digunakan secara rasmi selepas diwartakan berkuat kuasa hari ini.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion dalam kenyataan media pada Selasa berkata, susulan pindaan tersebut telah diwartakan, Ketua Menteri akan disebut sebagai “Premier of Sarawak” dalam bahasa Inggeris manakala dalam Bahasa Malaysia sebagai “Premier Sarawak”.

“Sementera itu, bagi istilah Pejabat Ketua Menteri akan dirujuk dalam bahasa Inggeris sebagai “Office of the Premier Sarawak” dan dalam Bahasa Malaysia sebagai “Pejabat Premier Sarawak,” katanya.

Katanya, bagi istilah Timbalan Ketua Menteri akan dirujuk sebagai Timbalan Premier sementara Menteri Muda sebagai Timbalan Menteri berkuat kuasa tarikh yang sama.

Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri (Pindaan) 2022 itu diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Previous articleBahasa Melayu digunakan dalam setiap urusan rasmi negara
Next articleKrisis Rusia-Ukraine: Perang di Ukraine sukarkan lagi keadaan ekonomi global – Jokowi
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here