Tempatan

Keunikan budaya Melayu, Cina dalam Hujung Minggu Seni Kita: Kongxi Raya Sabtu & Ahad ini

KUCHING: Keunikan budaya Melayu dan Cina akan dibawa dalam program festival Hujung Minggu Seni Kita: Kongxi Raya yang akan diadakan di Bangunan Mahkamah Lama Kuching Sabtu dan Ahad ini.

Penyelaras Program, Christy Yang, menyatakan keseronokan kerana dapat kembali mengadakannya dengan perayaan yang bertemakan ‘Kongxi Raya’ pertama yang menggabungkan seni, makanan dan banyak lagi.

“Kami teruja untuk kembali dengan siri hujung minggu yang menarik untuk komuniti kreatif tempatan di Kuching!

“Memulakan Mac dengan Kongxi Raya, ini adalah perayaan bertema pertama kami yang menggalakkan gabungan unsur-unsur berbeza dalam bentuk seni, barangan buatan tangan, makanan, minuman dan banyak lagi,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang, sebanyak 55 vendor akan terlibat dalam program berkenaan termasuk KIN Kombucha, Persatuan Kesihatan Mental Sarawak (MHAS), Gerai Sulu Nuan, Letterhythm dan Puff Lab yang merupakan beberapa vendor tetap yang telah menyertai program Seni Kita sebelum ini.

Beberapa vendor seni juga akan mengadakan bengkel interaktif untuk orang ramai menyertainya dan mempelajari kemahiran baharu dan bahan kerja yang unik.

Pengunjung turut ditawarkan dengan pelbagai produk bermula daripada fesyen dan aksesori kepada cetakan seni dan produk kesihatan selain terdapat makanan dan minuman.

Bekerjasama dengan Dirty Art Club, Seni Kita bekerjasama untuk mempersembahkan Kongxi Raya Canvas, sebuah inisiatif seni inklusif yang akan didirikan di atas rumput halaman, menyediakan bahan untuk keseronokan dan kreativiti kepada semua peserta.

M.Sahzy membawa kembali seni arca, mempamerkan pemasangan seninya pada hujung minggu akan datang di Old Court House Kuching.

Terdapat juga Gerai Foto Kongxi Raya di mana semua orang dialu-alukan untuk mengambil gambar dan menyiarkannya di platform media sosial mereka dengan hashtag “KongxiRayaKita”.

Segmen Kamboh akan berlangsung pada hari Ahad dengan Tasting Tuak sebelum mengadakan siri Cabaran Drum yang menyeronokkan yang diketuai oleh Komuniti Drum Sarawak, dengan kerjasama 3 Dinda.

Hujung Minggu Seni Kita: Kongxi Raya diterbitkan dan dianjurkan oleh HAUS KCH, dengan kerjasama Old Court House Kuching, JayC Pangabilan, M.Sahzy, 3 Dinda, Sarawak Drum Community, Lemang Betawi, Borneo Mosiac, Dirty Art Club, Mina and Songs, Tuak Biotek, Ngirupp, Tuak Atelier, Kelab Tarian Swinburne dan Kelab Muzik Swinburne.

Hujung Minggu Seni Kita ialah festival seni yang dipacu komuniti yang dimulakan oleh Haus Kch pada Julai 2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *