Dunia Khaby Lame catat rekod baharu Tik Tok punyai 142.8 juta pengikut

Khaby Lame catat rekod baharu Tik Tok punyai 142.8 juta pengikut

9

WASHINGTON: Personaliti media sosial, Khaby Lame mencatat rekod baharu apabila  mempunyai seramai 142.8 juta pengikut di laman perkongsian video pendek, TikTok, lapor portal Wion News kelmarin.

Lame mengatasi  rekod milik pencipta kandungan video Tik Tok popular, Charli D’Amelio yang kini mempunyai 142.3 juta pengikut.

Kandungan video popular lelaki berusia 22 tahun itu termasuk reaksi  terhadap video tips aktiviti harian yang dianggap tidak masuk akal olehnya. Lame akan menerbitkan video susulan untuk menunjukkan langkah lebih mudah dan lebih munasabah.

Klip video Lame juga unik kerana tidak menampilkan sebarang dialog.

Sebaliknya,  ekspresi selamba, memek wajah dan bahasa badannya menjadikan Lame sebagai  salah seorang pencipta kandungan Tik Tok yang paling digemari  dan diiktiraf di seluruh dunia.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada 2021, Lame berkata, dia bersemangat untuk menghiburkan orang ramai dan membuat mereka ketawa.

“Saya seronok menghiburkan dan membuat orang ketawa sejak dari kecil lagi dan saya berterima kasih kepada TikTok kerana menawarkan saya pentas global bagi berkongsi minat tersebut dengan dunia.

“Saya akan terus berusaha ke arah impian saya, menge­tahui bahawa saya boleh mengharapkan komuniti TikTok yang sentiasa menyokong saya,” ujarnya. – AGENSI

Previous article3,695 bergelar graduan di empat sidang Konvokesyen Komemoratif UNIMAS
Next articleSarawak akan teruskan projek mega yang dibiayai kerajaan negeri – Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here