Tempatan

Khianat atau sengaja dibakar, rumah sama terbakar empat kali

KUCHING: Bukan sekali tetapi empat kali, begitulah nasib menimpa sebuah rumah dua tingkat di Satok di sini yang terbakar buat kali keempat.

Insiden terbaru yang berlaku kira-kira jam 12.17 tengah malam Sabtu menyebabkan Bomba dan Penyelamat syak ia sengaja dibakar.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, rumah sama yang sebelum ini terbakar pada 14 April lalu dilaporkan terbakar semula malam tadi.

“Komander operasi melaporkan kebakaran adalah merupakan kebakaran berulang dan kejadian dikatakan segaja dibakar oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

“Kebakaran berlaku di tingkat bawah melibatkan barang-barang di dalam rumah berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya, kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya sebelum operasi diisytiharkan tamat pada jam 1.02 pagi.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran tersebut.

Pada 14 April lalu, rumah tersebut dilaporkan terbakar dua kali pada sebelah pagi dan terbakar semula untuk kali ketiga pada tengah hari di hari yang sama.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian, diminta untuk membuat laporan polis. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *