Tempatan

KJM Samariang Aman & Lake Side Pelawa Orang Ramai Sertai Program Derma Darah & Saringan Kesihatan

KUCHING: Jawatankuasa Kejiranan Mesra (JKM) Samariang Aman & Lake Side mempelawa orang ramai yang berminat untuk menyertai Program Derma Darah & Saringan Kesihatan yang akan diadakan pada 26 Februari 2022, bermula jam 8:00 pagi hingga 2:00 petang di ruang legar Masjid Darul Akmal Samariang Aman.

Pengerusinya Abdul Munip Hamden berkata, ini merupakan program tahunan KJM Samariang Aman yang kali terakhir diadakan pada tahun 2019. 

“Ini merupakan kali kedua Program Derma Darah & Saringan Kesihatan diadakan KJM Samariang Aman selepas kali terakhir diadakan pada 2019 sebelum penularan wabak COVID-19 melanda negara. 

“Selepas tiga tahun tidak diadakan, kali ini kita mengadakannya kembali dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4. 

“Dalam pada itu, kita juga turut mengadakan program Saringan Kesihatan secara percuma kepada orang ramai. Orang ramai dipelawa untuk turut sama  hadir memandangkan ketika ini keperluan kesihatan sangat dititikberatkan,” katanya ketika ditemui pada Rabu. 

Selain Bank Darah Hospital Umum Sarawak, program ini juga mendapat kerjasama daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Samariang Aman, Masjid Darul Akmal, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Samariang Aman dan Ranting PBB Samariang Aman. 

Menurutnya lagi, KJM Samariang Aman & Lake Side juga menyediakan sebanyak 50 saguhati bagi peserta terawal yang menderma darah pada hari tersebut. 

“50 peserta terawal akan mendapat saguhati yang disumbangkan penaja yang turut sama menjayakan program ini antaranya Liansin, USNA Burger dan Mina Wantan. 

“Kita sangat mengalu-alukan tajaan ini dan mengucapkan terima kasih kepada penaja-penaja ini,” ujarnya. 

Sebarang pertanyaan berhubung program ini boleh menghubungi Pengerusi KJM Samariang Aman Abdul Munip Hamden di talian 013-8266556 atau Salem Masuni di talian 013-5764239.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *