Nasional

KKM jemput pengamal perubatan swasta daftar sebagai klinik panel Skim Perubatan MADANI

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjemput pengamal perubatan swasta umum (GP) untuk mendaftar sebagai klinik panel Skim Perubatan MADANI bermula hari ini.

Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa berkata, mereka boleh mendaftar dengan melayari laman sesawang ProtectHealth di www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani atau menghubungi talian 03-8687 2525.

Menurutnya, ProtectHealth juga akan menganjurkan sesi taklimat dan latihan secara dalam talian kepada GP yang berdaftar untuk penerangan lebih lanjut mengenai Skim Perubatan MADANI.

“KKM mengalu-alukan pengamal perubatan swasta mum (GP) di 10 daerah iaitu di Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling (Selangor), Kuala Lumpur, Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Johor Bahru (Johor), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak) untuk menyertai program rintis Skim Perubatan MADANI,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dr. Zaliha memberitahu, skim beekenaan merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di kemudahan kesihatan Kerajaan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Bajet 2023.

Jelas beliau, Skim Perubatan MADANI merupakan manfaat perkhidmatan kesihatan percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

“la bertujuan untuk membantu golongan B40 mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut (rawatan pesakit luar kes-kes akut) di GP berhampiran, sekali gus mengurangkan kesesakan dan waktu menunggu pesakit di kemudahan kesihatan kerajaan.

“Penerima boleh mendapatkan rawatan Skim Perubatan MADANI bermula 15 Jun 2023, ujarnya lagi.-SN

 

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

 

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *