Nasional

KKM teruskan Operasi Ramadan 2024 di semua premis makanan seluruh negara

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneruskan Operasi Ramadan 2024 serentak di seluruh negara di semua premis makanan termasuk bazar Ramadan yang beroperasi di seluruh negara.

KKM memberitahu, aktiviti operasi ini melibatkan pemeriksaan premis serta pensampelan makanan.

“Ia bermatlamat untuk memastikan makanan yang disediakan atau dijual adalah selamat, mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

“Pemeriksaan ini juga akan dijalankan dengan kerjasama pihak PBT masing-masing,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Selain itu, KKM memberitahu, kempen-kempen kesedaran berkaitan keselamatan makanan kepada orang ramai, pengendali dan pengusaha premis bahan mentah, premis penyediaan makanan, premis pembekal makanan turut giat dijalankan melalui bahan pendidikan kesiatan, media massa, media elektronik dan media sosial.

KKM turut menasihatkan orang ramai untuk mengutamakan keselamatan makanan sepanjang Ramadan ini dalam memilih apa sahaja juadah berbuka.

“Sebelum membeli “Perhati dan Pilih” serta amalkan, “Lihat Hidu Rasa” kerana ia langkah paling mudah untuk mengelakkan keracunan makanan,” katanyaz

KKM turut menaishtakn para peniaga untuk membersihkan terlebih dahulu bahan mentah sebelum digunakan dalam penyediaan makanan dan tidak menyediakan makanan yang berisiko tinggi terlalu awal daripada waktu untuk dijual.

“KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna.

“Melalui pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan yang berterusan, KKM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan dan kualiti makanan sepanjang Ramadan adalah terkawal,” tegasnya.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Keshatan Negeri terdekat atau melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my serta facebook Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *