Tempatan

Komited bantu usahawan francais di Sarawak

KUCHING: Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) mahu membantu Sarawak dalam mengembangkan bidang francais.

Pengerusinya Dato’ Hazimah Zainuddin  berkata, pihaknya mahu mencari lebih banyak lagi usahawan dalam bidang berkenaan.

“Selain itu, kita mahu melantik konsep francaisor dan francaisi di negeri ini dan juga kita akan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada mana-mana syarikat yang ingin membawa perniagaan dari Sarawak ke Semanjung,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Selasa.

Sementara itu, Pengarah PERNAS, Dato Abu Bakar As-Sidek Dato Mohd Sidek memaklumkan, bagi menyokong usaha tersebut juga, pihaknya akan memperkenalkan perniagaan francais ini kepada usahawan di Sarawak dengan mengadakan program BizFrancais di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Sabtu ini.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *