Nasional Konsulat Malaysia di Pontianak salur bantuan kepada korban banjir di Sintang

Konsulat Malaysia di Pontianak salur bantuan kepada korban banjir di Sintang

21
Kredit: Kalimantan-news.com

SINTANG, KN: Duta Malaysia telah menyalurkan bantuan berupa bakul makanan dan alat tulis kepada korban banjir Sintang di SDN 8 Sintang.

Menurut sumber dipetik dari Kalimantan-news.com, bantuan itu diserahkan langsung oleh Konsul Malaysia di Pontianak, Azizul Zekri Abd Rahim kepada Bupati Sintang, Jarot Winarno pada Rabu.

Azizul Zekri berkata bantuan ini adalah program kemasyarakatan dari Konsulat Malaysia yang ada di Pontianak kepada korban banjir di Sintang tahun 2021 lalu.

“Bantuan ini kita bagi menjadi dua, yang pertama untuk pelajar iaitu 150 paket dan yang kedua untuk keluarga penerima iaitu 80 paket makanan,” ucap Azizul.

Katanya, bantuan disumbangkan atas dasar keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap mangsa tersebut.

“Semoga hubungan antara Indonesia dan Malaysia terus terpelihara dan kekal harmoni terutamanya Konsulat Malaysia di Pontianak dan Pemerintah Kabupaten Sintang,” harapnya.

Sementara itu, Bupati Sintang, Jarot Winarno amat berterima kasih kepada Konsulat Malaysia yang telah membantu korban banjir tahun lalu di Sintang.

“Semangat saling membantu Malaysia dalam perkara ini sangat kita hargai kerana prihatinan dengan nasib mangsa banjir kita di sini,” ujar Jarot.

Katanya, meskipun pihaknya menerima banyak bantuan namun beliau menyifatkan sumbangan dihulurkan oleh Kerajaan Malaysia itu sangat bererti bagi Bumi Senentang.

“Bantuan dari Malaysia ini sungguh-sungguh menyentuh hati kami. Sebagai perwakilan dari anak anak yang menerima bantuan pada hari ini, sekali lagi saya ucapkan terimakasih kepada Konsulat Malaysia dan masyarakat Malaysia yang telah sudi membantu kami,” tambahnya. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleDion Cools tidak menyesal pilih Malaysia demi negara tercinta
Next articleKonvensyen PBB Sarawak Ke-15 kali ini bawa tema kestabilan politik, kemakmuran dan kecemerlangan
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here