Tempatan

KPDNHEP sita 540 minyak masak sawit dalam Op Anti Sorok

BINTULU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Bintulu telah menyita 540 kilogram (kg) minyak masak sawit bernilai RM3,618 menerusi Op Anti Sorok yang dilancarkan di sini.

Ketua Cawangannya, Nazari Hassan berkata, ketika operasi pada Ahad lalu, pasukannya telah memeriksa sebuah premis dan menemui 41 kotak minyak masak sawit botol yang disorok.

“Peniaga tersebut didapati telah melanggar peruntukan undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu sejak 1 Januari hingga 27 Jun lepas, sebanyak 3,234 premis di Bintulu telah diperiksa dan 42 kes telah berjaya dikesan atas pelbagai kesalahan.

“Sepanjang tempoh berkenaan, KPDNHEP Bintulu telah mencatatkan rampasan bernilai RM921,743 serta kompaun berjumlah RM76,850,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *