Nasional

Kredit e-tunai RM100 untuk rakyat berpendapatan RM100,000 setahun ke bawah

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lebih 10 juta rakyat dianggarkan layak untuk menerima bantuan tersebut.

“Ini merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya semasa Majlis Peluncuran “Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat” di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, di sini pada Khamis.

Anwar berkata, kerajaan menbuat keputusan itu setelah melihat kejayaan pelaksanaan Program eBeliaRahmah (eBR) sebelum ini.

Jelasnya, ia bukan sahaja memanfaatkan 2 juta belia, malah membantu sektor perniagaan menjana pendapatan mereka di samping membina sebuah masyarakat tanpa tunai.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *