Sukan Kuching City FC lakar kemenangan bergaya benam Projek FAM-MSN

Kuching City FC lakar kemenangan bergaya benam Projek FAM-MSN

17

KUCHING: Pasukan Kuching City FC kembali di landasan kemenangan dalam kempen Liga Premier 2022 selepas berjaya mengatasi Projek FAM-MSN 4-0 pada Sabtu.

Dalam aksi berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya, ayam tambatan Kuching City FC, Abu Kamara meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-24.

Ia selepas percubaannya terbias pertahanan lawan dan menerjah ke gawang Projek FAM-MSN.

Kuching City FC semakin selesa hasil jaringan kedua Shafizi Iqmal Md Khirudin pada minit ke-34.

Tuan rumah menggandakan asakan sebaik babak kedua bermula dan berjaya menambah jaringan menerusi Yuki Tanagawa pada minit ke-75.

Wan Mohamad Faiz Wan Sulaiman melengkapkan pesta gol Kuching City FC dengan menjaringkan gol keempat pada minit ke-80.

Kemenangan itu melonjakkan Kuching City FC di tangga keempat liga dengan mengumpul enam mata dari tiga perlawanan.

Pasukan kendalian Irfan Bakti akan meneruskan kempen menentang PDRM FA di gelanggang lawan pada 28 April ini. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articlePermohonan SPK Gedong Baru dibuka hari ini
Next articleKerajaan Sarawak luluskan peruntukan beli pil COVID-19
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here