Sukan Kuching City FC menang bergaya, jinakkan UiTM FC di Shah Alam

Kuching City FC menang bergaya, jinakkan UiTM FC di Shah Alam

20

SHAH ALAM: Kuching City FC (KCFC) kembali ke landasan kemenangan dalam kempen Liga Premier 2022 susulan kejayaan menewaskan UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam pada Sabtu.

Kemenangan itu melonjakkan pasukan itu ke tangga keempat dengan mengumpul 10 mata selepas mengharungi lima perlawanan.

KCFC tidak menunggu lama untuk mendahului tuan rumah menerusi jaringan Wan Mohammad Faiz Wan Sulaiman pada minit ke-25.

Percaturan pengendali KCFC, Irfan Bakti dengan membawa masuk pemain muda, Amir Amri tidak sia-sia apabila pemain itu meledak gol kedua pasukan itu pada dalam masa kecederaan (90 + 3) sekali gus membawa pulang tiga mata penuh.

“Saya gembira kerana kita mendapat tiga mata untuk membolehkan mengejar pasukan di atas,” ujar Irfan ketika ditemui wartawan selepas perlawanan tamat.

Beliau dalam pada itu menyeru pemainnya untuk mengekalkan momentum dan tahap kecergasan kerana perlu mengharungi banyak perlawanan dalam bulan ini termasuk saingan Piala FA.

“Jadi saya harap pemain bersiap-siaga kerana saya juga mula meletakkan pemain-pemain simpanan,” tambah beliau lagi.

KCFC akan meneruskan kempen menentang Kelantan United FC pada 20 Mei ini di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleSUPP buat laporan polis terhadap ADUN Pending Violet Yong
Next articleGPS tidak beri laluan kepada parti luar dalam PRU15
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here