Sukan Kuching City FC raih tiga mata pertama, jinakkan Kelantan FA

Kuching City FC raih tiga mata pertama, jinakkan Kelantan FA

27

KUCHING: Pasukan Kuching City FC meraih tiga mata pertama dalam kempen Liga Premier 2022 susulan kejayaan menundukkan pendahulu liga, Kelantan FC dengan jaringan 2-1 di Stadium Negeri, Petra Jaya pada Isnin.

Penyerang import dari Liberia, Abu Kamara menceriakan penyokong tuan rumah apabila menjaringkan gol pertama Kuching City FC pada minit ke-25.

Beliau yang tidak dikawal mudah menolak masuk bola hantaran silang Mohamad Alif Hassan.

Gol Abu Kamara bagaimanapun tidak bertahan lama apabila giliran Kelantan FC menjaringkan gol penyamaan hasil tandukan kapten pasukan, Muhammad Yusri Yuhasmadi pada minit ke-31.

Berselang babak kedua, kedua-dua pasukan meningkatkan asakan dalam usaha mencari jaringan tambahan.

Namun, gerakan yang kurang menjadi selain ketumpulan jentera serangan menghampakan hasrat kedua-dua pasukan untuk menambah jaringan.

Kuching City FC memastikan tiga mata penuh menjadi milik mereka selepas penyerang muda, Shafizi Iqmal Md Khirudin meledak gol kedua pada minit ke-57.

Beliau memperagakan gerakan lincah untuk memperdayakan dua pertahanan Kelantan FC sebelum melakukan rembatan kencang bagi menewaskan penjaga gol lawan, Nik Mohd Amin Ahmad.

Kemenangan sulung itu membolehkan pasukan kendalian Irfan Bakti menghuni tangga kelima liga.

Kuching City FC akan meneruskan kempen menentang Johor Darul Takzim II pada 17 April ini di gelanggang lawan. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleLelaki maut selepas tersangkut pada pelantar transformer elektrik
Next articleTetapkan harga siling tiket penerbangan ke Sarawak dan Sabah
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here