Sukan Kuching City FC teruskan rentak kemenangan, Abu Kamara wira benam PDRM

Kuching City FC teruskan rentak kemenangan, Abu Kamara wira benam PDRM

12
Abu Kamara (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan yang lain.

KUCHING: Rekod cemerlang Kuching City FC (KCFC) dalam kempen Liga Premier 2022 diteruskan dengan menewaskan PDRM FC, 2-1 dalam perlawanan berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya pada Sabtu.

Dalam aksi penuh dramatik itu, penyerang import KCFC, Abu Kamara muncul wira dengan menanduk masuk gol kemenangan skuad The City Boys pada minit ke-90 (+3).

Wan Mohammad Faiz Wan Sulaiman terlebih dahulu meletakkan KCFC di hadapan pada minit kelapan.

Memasuki lewat babak pertama, aksi kedua-dua pasukan bertukar agresif ekoran hujan lebat yang turun di Stadium Negeri.

Situasi itu memaksa Pengadil Perlawanan, Mohd Sarif Tahir terpaksa menghentikan perlawanan pada minit ke-64 setelah keadaan padang mula ditenggelami air hingga menyukarkan pergerakan pemain kedua-dua pasukan.

Sebaik perlawanan bersambung, giliran skuad The Cops menggandakan asakan dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-70 hasil jaringan Durrkeswaran Ganasan.

Ketika perlawanan seakan berkesudahan seri, Abu Kamara menceriakan penyokong tuan rumah dengan menanduk masuk bola berpunca dari sepakan sudut sekali gus memastikan tiga mata mutlak menjadi milik KCFC.

Kemenangan itu melonjakkan KCFC di tangga ketiga liga dengan mengumpul 20 mata hasil dari 6 kemenangan, 2 seri dan 2 kekalahan setakat ini.

Skuad kendalian Irfan Bakti akan meneruskan kempen menentang Terengganu II di tempat lawan pada 1 Julai depan. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous article7 juta kenderaan usang, apa langkah penyelesaiannya di Malaysia?
Next articlePetinju Sarawak tuai 3 emas di Kejohanan Golden Gloves Perlis
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here