Menarik Kucing ‘celah’ sidang media, tindakan kejam pegawai skuad Brazil dikecam

Kucing ‘celah’ sidang media, tindakan kejam pegawai skuad Brazil dikecam

11

SEORANG pegawai media skuad Piala Dunia Brazil mencetuskan rasa kurang senang netizen selepas satu insiden melibatkan seekor kucing yang muncul dalam satu sidang akhbar.

Penyerang Brazil, Vinicius Jr sedang bercakap kepada pemberita menjelang suku akhir Brazil menentang Croatia apabila seekor kucing melompat ke atas meja.

Biarpun agak terkejut, namun Vini Jr. meneruskan sidang media berkenaan, sebelum seorang pegawai bertindak ‘menghalau’ kucing berkenaan.

Namun apa yang menimbulkan kemarahan ialah cara kucing itu dihalau. Video yang tular di media sosial menunjukkan pegawai itu dengan kasar mencengkam bulu di belakang kucing itu, mengangkat dan mencampakkannya ke bawah meja.

Vini Jr. kelihatan terkejut dengan situasi tersebut dan melemparkan pandangan tidak senang ke arah pegawai itu yang duduk di sebelahnya.

Beberapa foto di media sosial kemudian menunjukkan kucing itu sedang berehat di atas lantai bilik media.

Kalangan pencinta kucing menyifatkan tindakan pegawai itu sebagai kekejaman terhadap haiwan, apatah lagi kerana si comel itu tidak mempamerkan aksi yang boleh mengganggu sidang media berkenaan.-AGENSI

Previous articlePenjawat awam wajar diberi bonus satu bulan setengah gaji – Cuepacs
Next articlePelajar lelaki tingkatan tiga maut dalam kemalangan tiga buah kenderaan
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here