Tempatan LAKMNS: Elak jadi mangsa tipu perkhidmatan pembersihan batu nisan palsu

LAKMNS: Elak jadi mangsa tipu perkhidmatan pembersihan batu nisan palsu

40

KUCHING: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) menegaskan tidak pernah melantik secara rasmi mana-mana pihak termasuk kakitangan LAKMNS untuk menyediakan perkhidmatan pembersihan batu nisan atau napor di kubur-kubur yang tertentu.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, LAKMNS berkata bagaimanapun, sebarang urusan berkaitan membuat dan membaikpulih napor di kawasan Tanah Perkuburan Islam Semariang (TPS) adalah melalui panel kontraktor lantikan LAKMNS.

“LAKMNS tidak terlibat dalam apa jua urusan serta transaksi di antara orang awam/waris dan panel kontraktor.

“Segala perjanjian adalah menjadi tanggungjawab waris dan panel kontraktor tersebut,” menurut kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, LAKMNS ingin menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam urusan melibatkan pembuatan napor dan nisan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini dan disarankan sentiasa merujuk kepada pihak Bahagian Tanah Perkuburan, LAKMNS berkenaan sebarang urusan di TPS.

LAKMNS mengeluarkan kenyataan demikian bagi mengulas satu hantaran di laman sosial Facebook yang mendakwa terdapat pihak tidak bertanggungjawab membuat penipuan berhubung perkhidmatan membersih dan membaikpulih batu nisan di kawasan TPS. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articlePelajar 17 tahun maut, empat cedera kereta terbabas
Next articleKes cuai khatan: Pemuda peroleh ganti rugi berjumlah RM3.1 juta
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here