Tempatan Langgar lari, remaja meninggal dunia

Langgar lari, remaja meninggal dunia

27

BINTULU: Seorang remaja lelaki berusia 20an yang terbaring di atas jalan raya dipercayai dilanggar lari.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superitenden Batholomew Umpit berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 5:15 pagi.

“Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Sungai Plan menuju ke bandar Bintulu,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah Superitenden Batholomew lagi, mangsa telah dilanggar oleh sebuah kenderaan yang bergerak dari arah hadapan laluan bertentangan yang tidak diketahui butirannya selepas mangsa berhenti dan keluar dari kenderaan untuk melintas jalan.

“Mangsa disahkan meninggal duni di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“Kes masih dalam siasatan polis. Bagi individu yang mempunyai sebarang maklumat kejadian boleh menghubungi penyiasat Inspektor Lydia di talian 0109007791 atau Balai polis Trafik 086-338575,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(10 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Previous articleLelaki terima zakar baharu selepas 6 tahun tergantung pada lengan
Next articlePETROSNiaga pasar silinder LPG Petronas, Petros bermula hari ini
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here