Tempatan Lanjut usia tidak halang penduduk Rumah Panjang Nunong, Sibuti timba ilmu

Lanjut usia tidak halang penduduk Rumah Panjang Nunong, Sibuti timba ilmu

15

MIRI: Biarpun lanjut usia, ia tidak menghalang penduduk di Rumah Panjang Nunong, Sibuti untuk terus menimba ilmu pengetahuan.

Menurut Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni dalam hantaran di laman Facebooknya memberitahu, beliau telah menerima pemohonan sumbangan meja dan peralatan khas untuk kelas libeterasi orang tua daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Ini selepas beliau menerima pemohonan daripada Madaline Rawa dari Rumah Nunong berkenaan sumbangan meja dan peralatan kelas untuk warga emas.

“Walaupun telah berusia, tahniah kepada Tuai Rumah Nunong yang telah memberi galakan kepada warga emas untuk belajar.

“Meja yang dipohon akan saya usahakan, kepada Puan Madaline dan rakan-rakan, syabas kerana masih ingin belajar asas membaca dan menulis,” katanya.

Tambah Lukanisman, mereka amat memerlukan meja untuk aktiviti kelas warga emas untuk aktiviti belajar dan membaca.

Previous articleChong perlu dapatkan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan bantu laksana Projek Tebatan Banjir di Skim Penempatan Semula Stampin
Next articleHanya kerana hon kereta, lelalki bertindak memukul & ugut pengguna jalan raya direman 4 hari
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here