Tempatan Lantikan TPM & menteri penuh bantu jana pendapatan Sarawak

Lantikan TPM & menteri penuh bantu jana pendapatan Sarawak

20

KUCHING: Pelantikan lima wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam jemaah menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan akan membantu Kerajaan Sarawak menjana pendapatan.

Datuk Seri Fadillah Yusof yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Menteri Perladangan dan Komoditi dijangka mampu menjana pendapatan melalui ekonomi baharu seperti perdagangan karbon dan hidrogen.

Manakala, pelantikan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sebagai Menteri Kerja Raya akan memacu agenda pembangunan luar bandar Sarawak.

Perkara ini dijelaskan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abang Abdul Rahman Zohari Tun Daruk Openg dalam sidang media semasa menghadiri Majlis Perasmian Gelanggang Baharu Persatuan Badminton Sarawak (SBA) di Jalan Lapangan Terbang dekat sini pada Ahad.

“Datuk Seri Fadillah sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi sudah tentu dapat membantu kerana kita (kerana) Sarawak banyak ladang. Kita juga bakal menjadi pengeluar terbesar minyak sawit dalam masa dua tahun kita mungkin melepasi Sabah sebab kawasan ladang kelapa sawit kita lebih luas.

“Dan keduanya, dari sudut tanaman semula hutan dan ketiganya sudah tentu komoditi yang baharu ialah karbon dan hidrogen, jadi bermakna Kerajaan Pusat boleh membantu kita dari sudut perniagaan karbon di pasaran antarabangsa,” katanya.

Daripada 25 ahli kabinet tersebut, lima merupakan wakil daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) iaitu Datuk Seri Fadillah Yusof, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Datuk Seri Nancy Shukri, Datuk Seri Tiong King Sing serta Datuk Aaron Ago Dagang.

Previous articleRampasan dadah kedua terbesar di Sibu, suspek berusia 29 tahun diberkas
Next articleIntipati utama sidang media Perdana Menteri
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here