Tempatan Laporan harian COVID-19 Sarawak hanya akan dikeluarkan setiap Isnin

Laporan harian COVID-19 Sarawak hanya akan dikeluarkan setiap Isnin

5

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menerusi kenyataan hariannya memaklumkan laporan mingguan kes COVID-19 hanya akan dikeluarkan pada setiap hari Isnin mulai 1 Mei ini.

Ujar JPBN Sarawak lagi, keputusan terbaharu ini dibuat selepas meneliti situasi COVID-19 di Sarawak ketika ini dan melakukan semakan semula ke atas langkah-langkah kawalan serta pencegahan COVID-19 yang akan dilaksanakan di Sarawak semasa dalam Fasa Peralihan ke Endemik ini.

Berdasarkan penelitian situasi terkini COVID-19 di Sarawak didapati kadar vaksinasi yang tinggi dalam populasi dewasa di mana 91 peratus telah lengkap vaksinasi dan 75 peratus telah menerima dos penggalak.

Selain itu kadar kemasukan kes COVID-19 ke hospital dan penggunaan wad rawatan rapi juga didapati semakin berkurangan.

Dalam pada itu, pil Paxlovid Antiviral dan kit ujian kendiri COVID-19 kini boleh didapati di Sarawak dan pasaran serta persediaan Hospital Medan (Hospital Sementara) di Sibu, Miri dan Kuching sekiranya berlaku kenaikan kes COVID-19.

Bagaimanapun, JPBN Sarawak menasihatkan orang ramai agar tidak leka dan terus kekal waspada dan pastikan saranan dan nasihat kesihatan diamalkan pada setiap masa.

Previous articleSarawak guna pakai protokol baharu langkah-langkah pencegahan COVID-19 berkuatkuasa 1 Mei ini
Next articleMulai 1 Mei ini kehadiran murid-murid ke sekolah dan institusi di bawah KPM adalah diwajibkan
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here