Tempatan

Lawatan mengejut berkesan pastikan setiap perancangan dan pelaksaan projek pembangunan berkesan

KAPIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Lidam Assan dan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang juga Ahli Parlimen Kapit telah mengadakan lawatan mengejut bagi melihat sendiri keadaan jalan berturap akses dari Jalan Utama Song-Kapit ke Simpang Nanga Lajan yang menuju ke Rumah Kanyan, Nanga Lajan.

Menurut Lidam, jalan tersebut pernah dijanjikan sebelum Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak dan kini telah pun siap

“Saya amat berpuas hati, namun atas permintaan penduduk untuk menambahkan jalan korridor hadapan rumah maka saya dan Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah meluluskan tambahan bagi 120 meter bagi memudahkan laluan kenderaan dan kemudahan meletakan kenderaan.

“Kedatangan rombongan kami merupakan lawatan mengejut bagi mengetahui keadaan sebenar perkembangan projek jalan tersebut.

“Saya percaya konsep “spot & check” ini berkesan bagi memastikan setiap perancangan dan perlaksanaan projek pembangunan dilaksanakan dengan berkesan,” katanya pada Sabtu.

Ujar Lidam lagi, selepas ini beliau juga akan kerap untuk turun padang secara rambang bagi memastikan setiap perancangan yang melibatkan pembangunan dan sosial ekonomi masyarakat setempat dilaksanakan seperti yang telah dirancang.-SN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *