Tempatan Lelaki hilang di Sungai Telong, Batu Niah mungkin mangsa sang bedal

Lelaki hilang di Sungai Telong, Batu Niah mungkin mangsa sang bedal

13

NIAH: Pasukan Bomba dan Penyelamat Batu Niah bersama agensi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat melakukan pencarian seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Sungai Telong, Batu Niah pada Rabu.

Menurut jurucakap Bomba, status mangsa masih belum dapat dipastikan samada dibaham buaya ataupun lemas kerana tiada saksi kejadian.

“Buat masa sekarang cuma menjumpai motosikal, topi, kasut dan beg sandang mangsa berdekatan tepi sungai tersebut.

“Radius pencarian adalah 1 kilometer ke hulu dan 1 kilometer ke hilir sungai.

“Sehingga jam 6:30 petang masih tiada menjumpai apa-apa berkenaan mangsa dan operasi diitangguhkan dan akan bersambung pada keesokan hari,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat turut disertai anggota Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleRemaja hampir disambar buaya ketika di dalam perahu
Next articleAhmad Johnie dijangka kekal calon GPS di Parlimen Igan
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here