Tempatan

Lelaki maut selepas tersangkut pada pelantar transformer elektrik

SERIAN: Seorang lelaki maut setelah tersangkut pada pelantar transformer elektrik di Kampung Semungkoi A, Jalan Serian-Sri Aman pada Isnin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata pihaknya telah menerima panggilan berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 10.25 pagi.

Katanya, enam anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian telah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, komander operasi mendapati arus elektrik masih aktif dan tidak selamat bagi anggota untuk melakukan tugas-tugas menyelamat.

“Pihak Bomba menunggu pihak Sarawak Energy hadir dan mengesahkan keadaan betul-betul selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Setelah mendapati keadaan selamat, kerja-kerja menurunkan mangsa dari pelantar dilakukan dengan bantuan polis.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas kesihatan.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *