Tempatan

Lelaki meninggal dunia selepas terjatuh dari Jambatan Batang Salak

KUCHING: Seorang lelaki berusia 34 tahun meninggal dunia dipercayai terjatuh dari Jambatan Batang Salak.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, setibanya di lokasi kejadian, mangsa telah berada di tebing sungai dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Menurut dua orang saksi yang kebetulan memancing di bawah jambatan tersebut, mangsa dipercayai telah terjatuh dari Jambatan Batang Salak.

“Salah seorang saksi bertindak terjun ke sungai dan berenang untuk menyelamatkan mangsa.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke tebing dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katannya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, mangsa telah disahkan meninggal dunia pada jam 2:58 petamg oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3:20 petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *