Menarik Lelaki terima zakar baharu selepas 6 tahun tergantung pada lengan

Lelaki terima zakar baharu selepas 6 tahun tergantung pada lengan

18

LONDON: Seorang lelaki di Britain yang mempunyai alat sulit tergantung di bawah lengan selama enam tahun akhirnya kembali menjalani kehidupan normal apabila organ tersebut berjaya diletakkan semula di tempat sepatutnya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Malcolm MacDonald, pada 2010 menghidap masalah jangkitan darah yang teruk sehingga mengakibatkan zakarnya ‘gugur’ ketika berada di dalam tandas.

Pada 2015, sepasukan doktor memberitahu bahawa MacDonald perlu menjalani pembedahan untuk memasang semula zakarnya.

Namun, disebabkan masalah kekurangan oksigen, doktor terpaksa memasang alat sulit MacDonald pada lengannya, yang menjadi permulaan kepada kehidupan yang penuh rasa malu buat lelaki itu.

Disebabkan pandemik Covid-19, pembedahan itu terpaksa ditangguhkan sekali lagi sehingga Britain akhirnya menamatkan perintah berkurung yang memberi peluang kepada MacDonalds untuk menjalani pembedahan.

“Saya akhirnya berasa lega kerana alat sulit telah berada di tempat yang sepatutnya.

“Cuba anda bayangkan, hidup selama enam tahun dengan keadaan zakar yang tergantung pada lengan? Ia adalah satu mimpi ngeri. Namun kini, ia telah tiada,” ujarnya.

Zakar baharu MacDonald dihasilkan daripada daging dan ‘dipasang’ semula dalam satu pembedahan yang diketuai oleh Profesor David Ralph dari Hospital Kolej Universiti London. – AGENSI

Previous articlePasukan Bomba wira kebanggaan negara – PM Ismail
Next articleLanggar lari, remaja meninggal dunia
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here