Tempatan

Lembaga Pelabuhan Kuching terima dua unit kren dermaga berkuasa elektrik baharu

KUCHING: Lembaga Pelabuhan Kuching menerima dua unit kren dermaga berkuasa elektrik baharu iaitu QC6 dan QC7 yang bernilai RM70 juta semalam.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kren berkenaan dijangka meningkatkan kecekapan dan kapasiti kemudahan di Lembaga Pelabuhan Kuching.

Beliau berkata, penerimaa kren tersebut juga adalah sejajar dengan visi Kerajaan Sarawak dalam mentransformasikan negeri ini ke arah ekonomi hijau.

“Pelaburan dalam infrastruktur mesin dan peralatan moden yang cekap tenaga bukan sahaja meningkatkan kecekapan operasi tetapi juga mengurangkan jejak karbon dan meminimumkan kesan alam sekitar dalam operasi pelabuhan,” katanya.

Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak itu berkata demikian selepas menyaksikan majlis penyerahan kren daripada HLG Equipment Sdn Bhd kepada Lembaga Pelabuhan Kuching di Terminal Senari semalam.

Sementara itu, Uggah turut memberitahu, daya pengeluaran kontena untuk 2023 adalah pada 274,202 teus.

Menurutnya lagi, ia diunjurkan meningkat kepada 310,000 teus tahun ini dengan pemulihan ekonomi.

Sumber: UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *