Tempatan

Loji rawatan air Batu Kitang dinaik taraf

KUCHING: Loji rawatan air Lembaga Air Kuching (LAK) di Batu Kitang dinaik taraf bagi menambah kapasitinya.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi berkata, Loji 2 sedang dinaik taraf dan dijangka siap pada Mac 2024.

“Loji ini sedang dinaik taraf untuk menambah kapasiti sebanyak 104 Juta Liter Air Sehari (JLH) menjadi kapasiti Loji Rawatan Air Batu Kitang meningkat kepada 884 JLH.

“Pada masa ini, kapasiti loji rawatan air di Batu Kitang kini mempunyai kapasiti 780 JLH dan beroperasi pada kapasiti 720 JLH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap daam Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 & Penghargaan Pesara (Julai-Dis 2023) LAK di sini pada Jumaat.

Narawi memaklumkan bahawa peningkatan ini akam dapat memenuhi keperluan bekalan air ke kawasan Petra Jaya, Samariang, Demak Laut, Rambungan, Sampadi, Santubong dan Beliong melalui kabel dasar laut.

Menurut beliau juga, Loji 4 pula akan dinaik taraf juga dengan kapasiti sebanyak 100 JLH untuk terus menambah kapasiti Loji Rawatan Air Batu Kitang kepada 984 JLH pada tahun 2026.

“Tender untuk naik taraf Loji 4 ini sedang dibuka dan akan tutup pada 27 Disember ini.

“Loji 4 ini bila siap kelak akan dapat menambah dan memenuhi permintaan air di kawasan Samarindah dan kawasan sekitar,” tambahnya.

Selain itu Julaihi memberitahu, Loji Rawatan Air Batu Kitang yang juga membekalkan air untuk kawasan di Bahagian Samarahan di Kampung Tanjung Parang, Kampung Melayu dan Samarindah.

Katanya, untuk kawasan Samarindah, dua tangki aras tinggi akan dibina dan telah diluluskan oleh Kerajaan Sarawak bagi menangani keperluan air di kawasan tersebut.

“Kini ia dalam peringkat mengenal pasti tapak.

“LAK kini cuba menangani masalah bekalan air di Kpg Tg Parang dan Kpg Melayu.

“InshaAllah usaha ini masih diteruskan terutama sekali dari segi jajaran paip agihan di kedua-dua kampung tersebut,” jelasnya.

Sumber: FB Julaihi Narawi

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknewsofficial/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@sarawaknews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *