Tempatan

LPB kini siap 94 peratus – Fadillah

KUCHING: Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) fasa satu di Sarawak kini sudah siap 94 peratus. 

Ketua Penolong Pengarah Cawangan LPB Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Awang Mohamad Fadillah Awang Redzuan berkata, biarpun sudah hampir siap pelaksanaannya dan akan diteruskan melalui proses tambah baik termasuk membuka beberapa persimpangan baharu.

Jelasnya lagi, kebanyakan seksyen juga akan siap sepenuhnya penghujung tahun ini.

“Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama JKR Sarawak sentiasa akan terus membuat penambahbaikan kerana kita menerima banyak permohonan penduduk tempatan dan wakil rakyat untuk membuka persimpangan jalan baharu,” katanya ketika menjadi tetamu program Sejahtera Asia terbitan TVS, pada Rabu.

LPB Sarawak Fasa Satu mencecah kos RM16.117 bilion sepanjang 786 kilometer bermula di Telok Melano ke Miri.

Awang Mohamad Fadillah turut memberitahu JKR Sarawak juga akan menaik taraf laluan sedia ada menjadi jalan berkembar dua hala di bawah projek Red Line.

“Kita mahu jalan berkembar ini menyamai reka bentuk standard LPB Sarawak,” ujarnya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *