Nasional

LTAT jual 112.56 juta saham Bank Affin kepada kerajaan Sarawak

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah menjual 112.56 juta saham dalam bank Affin kepada Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak pada harga RM221.74 juta menerusi transaksi perniagaan secara langsung, kata Affin Bank Bhd.

Menerusi kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, bank itu berkata ia menjual saham itu yang mewakili 4.95 peratus daripada jumlah saham terbitan dengan pertimbangan tunai RM1.97 sesaham.

“Ini bagi menjelaskan artikel media bertajuk ‘LTAT jual lima peratus kepentingan dalam Affin Bank kepada Negeri Sarawak,’ yang disiarkan dalam The Edge Malaysia pada minggu keluaran 3 April hingga 9 April, 2023,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *