Dunia Lubang benam di jalan raya tenggara London

Lubang benam di jalan raya tenggara London

3

LONDON: Lubang benam sedalam lebih empat meter telah ‘menelan’ sebuah motosikal di sebatang jalan raya di tenggara London pada Selasa.

Penduduk tempatan yang ketakutan selepas jalan itu tiba-tiba runtuh telah memanggil anggota polis dan bomba untuk bantuan.

Bagaimanapun penunggang motosikal itu berjaya menyelamatkan diri selepas terbabas ke dalam lubang tersebut.

Perkhidmatan kecemasan turut dipanggil ke tempat kejadian di Martens Avenue di Bexleyheath sebelum jam 9 malam waktu tempatan.

Setakat ini punca kejadian itu masih tidak diketahui.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah kawasan kediaman.-SINAR HARIAN

Previous articleSadio Mane tinggalkan Liverpool untuk Bayern Munich
Next articleMEASAT-3d mampu tingkat keupayaan capaian internet di bandar, sub-luar bandar – PM
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here