Nasional ‘Maaflah kalau tersinggung dengan video lagu saya’ – Aliff Syukri

‘Maaflah kalau tersinggung dengan video lagu saya’ – Aliff Syukri

15

CYBERJAYA: Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, merayu semua pihak tidak mengaitkan ahli keluarganya dalam isu video Aidilfitri mencolok mata yang dilakonkannya baru-baru ini.

Beliau juga turut memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan tindakannya itu.

“Saya memohon maaf kepada masyarakat yang tersinggung dengan lagu saya, video saya dan saya nak minta maaf banyak-banyak.

“Saya memohon supaya jangan babitkan keluarga saya, mak saya. Mak saya sedang mengerjakan umrah. Jangan salahkan isteri saya kerana dia tidak bersalah.

“Jangan salahkan bonda, bonda tidak bersalah,” katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Cyberjaya.

Terdahulu, Aliff Syukri yang tiba di SKMM pada jam 9.58 pagi tadi, memberi keterangan hampir lima jam bagi membantu siasatan berhubung klip video muzik sempena Aidilfitri yang dikaitkan dengan unsur bertentangan norma dan budaya tempatan.

Aliff Syukri berkata, beliau berterima kasih dengan pihak SKMM dan beliau sudah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, semalam dilaporkan berkata satu kertas siasatan dibuka mengikut seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung video berkenaan.

Penayangan video berkenaan melalui media sosial mendapat kecaman ramai pihak berikutan ia memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian mencolok mata.

Ini bukan kali pertama Aliff Syukri terpalit dengan kontroversi berikutan beliau pernah tampil dengan satu klip video muzik bertajuk ‘Bobo di mana?’ pada 2018 yang memaparkan dua individu transgender berpakaian mencolok mata.

Tindakan itu turut mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk ibunya sendiri yang juga usahawan, Rozita Ibrahim.-BHARIAN

Previous articleRM5 bilion untuk jalan negeri turut merangkumi pembaikan akibat banjir
Next articleTol percuma sempena Aidilfitri: Ini lima perkara anda perlu tahu
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here