Tempatan Macau Scam: Arkitek ditipu RM121,000

Macau Scam: Arkitek ditipu RM121,000

10

KUCHING: Seorang arkitek syarikat swasta di sini mengalami kerugian mencecah RM121,000 selepas menjadi mangsa kes penipuan ‘Macau Scam.’

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri (gambar) dalam satu kenyataan pada Selasa memberitahu mangsa berusia 35 tahun itu kononnya disiasat polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram.

“Mangsa mulanya menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ‘Mohd Rizuan’ dari Mahkamah Langkawi pada 1 Mac dan mengatakan mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram.

“Panggilan mangsa kemudian disambung kepada seorang lagi suspek yang menyamar sebagai ‘Sarjan Farah’ dan suspek memberitahu akan membantu mangsa membuat laporan penafian kepada Jabatan Audit Negara,” katanya.

Jelasnya lagi, mangsa selepas itu dihubungi beberapa nombor yang mengarahkannya membuat bayaran kepada beberapa akaun bank.

“Mangsa telah melakukan 11 transaksi pemindahan wang yang keseluruhannya berjumlah RM121,000 ke empat akaun bank atas nama individu berlainan antara 1 Mac dan 12 April.

“Mangsa hanya menyedari ditipu setelah nombor-nombor telefon tersebut gagal dihubungi selepas itu,” katanya.

berkata, lelaki berusia 35 tahun itu hanya menyedari dirinya ditipu selepas diperdayakan sindiket terbabit sejak 1 Mac lalu.

Jelasnya, siasatan lanjut polis berhubung kejadian masih dijalankan.

“Nasihat polis, jangan panik sekiranya menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang mendakwa diri mereka dari mana-mana jabatan kerajaan, insititusi kewangan, syarikat insurans dan sebagainya.

“Sebaliknya, segara tamatkan panggilan tersebut dan terus buat semakan dengan pihak berwajib melalui telefon yang sah atau hadir terus ke pejabat mereka,” ujarnya.

Katanya, semakan juga boleh dibuat melalui laman web http://semakmule.rmp.gov.my. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleIni tiga punca utama kenapa rakyat tidak minat untuk mengundi
Next articleDipenjara 12 hari, denda RM10,000 halang konvoi TYT Sarawak
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here