Tempatan Mahkamah tetapkan 21 Jun depan sebutan semula kes bunuh Eric Chang

Mahkamah tetapkan 21 Jun depan sebutan semula kes bunuh Eric Chang

15

KUCHING: Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 21 Jun depan untuk sebutan semula kes pasangan suami isteri yang didakwa membunuh kanak-kanak berusia empat tahun, Eric Chang Wei Jiw pada Mac lepas.

Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Dora Undau menetapkan tarikh itu selepas permohonan dibuat oleh pihak pendakwaan bagi menunggu laporan kimia pada prosiding kes hari ini.

Tertuduh Ling Kok Liang, 51, bersama Wendy Chai Xue Zhen, 36, penjaga kepada kanak-kanak terbabit, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

Mereka didakwa menyebabkan kematian Eric di No 1493, Lorong 2, Taman Riverview, Jalan Daya, Bintawa di sini antara pukul 5 petang 4 Mac hingga 9.15 pagi pada 8 Mac.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Tan Chuan Yi manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.-BERNAMA

Previous articleMampukah Malaysia sifar plastik 2030?
Next articleAkta Antilompat Parti pastikan tiada lagi ahli politik ambil kesempatan – Penganalisis politik
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here