KUCHING: Sempena Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka, Majlis Kesyukuran Perdana telah diadakan di Masjid Jamek Negeri Sarawak di sini pada Jumaat.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg hadir menyempurnakan majlis berkenaan.
Ketibaan beliau sekitar jam 6.35 petang disambut oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha.
Dalam majlis tersebut, tetamu menunaikan solat jemaah fardu Maghrib disusuli dengan alunan Zikir Al-Asma’ Al-Husna serta seterusnya ceramah khas mengenai “Mensyukuri Nikmat Kemerdekaan” yang disampaikan oleh Mufti Sarawak Datu Kipli Yassin.
Sejurus selepas itu, jemputan bersama menunaikan solat fardu Isya’ dan diteruskan dengan doa kesyukuran yang dipimpin oleh Imam Besar Sarawak, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.
Majlis kesyukuran ini turut diadakan di setiap masjid Bahagian di negeri ini yang diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing.
Kredit foto: JAPEN
Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News
Telegram: https://t.me/sarawaknews2022
Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/
Twitter: https://twitter.com/sarawak_news
Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/