Nasional Malaysia beralih ke fasa endamik bermula 1 April ini – PM

Malaysia beralih ke fasa endamik bermula 1 April ini – PM

13

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Malaysia akan memasuki fasa endemik bermula 1 April 2022.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk penilaian risiko, pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan selepas meneliti syor daripada menteri-menteri kuartet.

Tegasnya, peralihan fasa tersebut merupakan ‘exit strategy’ bagi membolehkan rakyat Malaysia kembali ke kehidupan hampir normal selepas dua tahun berhadapan dengan penularan wabak COVID-19.

“Bermula 1 April 2022 dalam fasa peralihan ke endemik, pemakaian pelitup muka di tempat awam masih wajib dipatuhi setiap individu.

“Had waktu bagi premis perniagaan dimansuhkan. Premis boleh laksanakan waktu operasi masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis tersebut.

“Ini bermakna rakyat boleh makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam. Ada kedai, ada restoran yang buka selama 24 jam, itu juga dibenarkan,” katanya dalam sidang media khas di Parlimen pada Selasa.

Katanya lagi, fasa itu juga merupakan fasa sementara sebelum negara beralih ke fasa endemik yang mana ia tertakluk kepada pengumuman yang hanya boleh dibuat Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Tambah beliau, peraturan baharu itu juga terpakai kepada semua premis terutamanya dalam bulan Ramadan kelak.

“Sewaktu bulan Ramadan, kita tahu ramai bersahur di luar, di restoran-restoran jadi oleh kerana itu restoran dibenarkan buka sehingga 24 jam, tertakluk syarat lesen, maka ia mempermudahkan umat Islam untuk bersahur di restoran.

“Pendaftaran kemasukan guna MySejahtera masih diwajibkan tapi dikecualikan untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan ramai.

“Tambahan juga, MYSJTrace diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi tetamu, pengunjung,” ujarnya.

Previous articlePremier Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari positif Covid-19
Next articleBermula 1 April ini tiada lagi penjarakan fizikal di masjid, surau dan rumah ibadat lain – PM
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here