NEW YORK: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Iran, TYT Seyed Ebrahim Raisi untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan negara Iran.
Dalam pertemuan itu, Anwar menzahirkan hasrat Malaysia untuk memperkukuh hubungan dengan Iran menerusi kerjasama dalam pelbagai bidang.
“Malaysia mahu memperkukuhkan kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan, keterjaminan makanan, sains dan teknologi serta menerokai potensi kerjasama baharu,” katanya dalam kenyataan di akaun Facebook miliknya pada Khamis.
Anwar menambah, Malaysia juga mengulangi komitmen untuk mengadakan mesyuarat suruhanjaya bersama (JCM) dan mesyuarat suruhanjaya ekonomi (JEC) antara dua negara bagi menghalusi semua potensi skop kerjasama.
Anwar telah tiba di New York, Amerika Syarikat semalam bersama delegasinya sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-78.
Beliau akan menyampaikan kenyataan negara semasa sesi Debat Umum pada 22 September 2023 jam 10.00 pagi waktu tempatan (10.00 malam waktu Malaysia).
Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News
Telegram: https://t.me/sarawaknews2022
Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/
Twitter: https://twitter.com/sarawak_news