Menarik Malaysia duduki tempat ke-3 ketagihan telefon bimbit pintar di dunia

Malaysia duduki tempat ke-3 ketagihan telefon bimbit pintar di dunia

12

KUCHING: Sebuah kajian terbaharu memperlihatkan Malaysia mempunyai antara kadar ketagihan telefon pintar ketiga tertinggi di dunia.

Melalui kajian yang dijalankan melibatkan 24 buah negara, Malaysia dilihat menduduki tangga ketiga teratas selepas Arab Saudi dan China.

Kajian ini melibatkan seramai 33,831 peserta dan berasaskan sejumlah penerbitan kajian antara tahun 2014 hingga 2020.

Sementara Perancis dan Jerman yang merupakan dua negara Eropah menduduki tangga terbawah.

Menurut penyelidik, budaya persekitaran telah membuatkan mereka sentiasa aktif dan kekal berhubung secara ataas talian berbanding Jerman dan Perancis yang merupakan negara lebih individualistik.

Secara keseluruhan, kadar ketagihan dilihat sedang meningkat di seluruh dunia.

Memandangkan ia menggunakan data sehingga 2020 sahaja, kadar ketagihan mungkin lebih tinggi akhir-akhir ini memandangkan disebabkan norma baharu dan pandemik COVID-19.

Previous articleADUN Sarawak tidak angkat sumpah disebabkan COVID-19 dan jalani kuarantin di rumah
Next articleTabung Haji masih tunggu keputusan rasmi Arab Saudi
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here