Dunia Malaysia kutuk serangan Israel di Al-Aqsa

Malaysia kutuk serangan Israel di Al-Aqsa

17

KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa pada Jumaat sehingga menyebabkan ratusan mangsa cedera.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menegaskan, tindakan tentera rejim Israel itu merupakan satu tindakan biadab, keji dan tidak berperikemanusiaan terhadap umat Islam Palestin yang sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan.

“Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan biadab tentera rejim Israel yang telah menyerang penganut Islam Palestin termasuk anggota perubatan dan wartawan di Masjid Al-Aqsa semalam.

“Perbuatan keji dan tidak berperikemanusiaan tersebut amat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi pada hari Jumaat yang mulia dan ketika umat Islam Palestin sedang berpuasa dan menunaikan ibadah di dalam bulan Ramadan.

“Tentera rejim Israel yang turut menyasarkan wanita dalam serangan tersebut merupakan satu tindakan yang kejam dan tidak boleh diterima sama sekali,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra pada Sabtu.

Sehubungan itu, Malaysia, kata Saifuddin, akan terus konsisten dalam memperjuangkan nasib dan kebajikan rakyat Palestin.

Serangan rejim Zionis itu mencederakan kira-kira 150 rakyat Palestin dan ratusan lagi ditahan selepas Masjid Al-Aqsa sekali lagi diserang pada Jumaat. – AWANI

Previous articleKWSP terima 5.3 juta permohonan Pengeluaran Khas bernilai RM40.1 bilion setakat 14 April
Next articleJangan lafaz cerai melalui laman sosial – Mufti Kedah
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here