Sukan Malaysia muncul juara bawah 19 tahun AFF 2022

Malaysia muncul juara bawah 19 tahun AFF 2022

10

MALAYSIA  juara kejohanan bawah 19 tahun Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 selepas menundukkan Laos 2-0 di pentas final pada Jumaat malam.

Skuad bola sepak bawah 19 tahun negara mempamerkan aksi cemerlang di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi, Indonesia dengan mematahkan setiap serangan yang dicetuskan Laos.

Malaysia mendahului pada minit ke-14 hasil jaringan Faiz Amer Runnizar berpunca daripada sepakan percuma yang diambil Aliff Izwan.

Pada minit ke-76, Aliff terus meletakkan Malaysia di kedudukan selesa menerusi jaringan kedua selepas menyempurnakan hantaran cantik rakan sepasukan.

Pencapaian terbaik skuad negara di pentas kejuaraan B-19 AFF adalah semasa menjuarai edisi 2018 dengan menumbangkan Myanmar 4-3 pada final di Indonesia.-ASTRO AWANI

Previous articlePesta Kebudayaan Borneo bermula 15 hingga 23 Julai di Dataran Tuanku Bujang Sibu
Next articleWan Saiful gunakan PTPTN sebagai alat promosi diri dan agenda politik – Johan Jaaffar
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here