Dunia

Malaysia, Türkiye sepakat tingkat usaha tangani Islamophobia

NEW YORK: Malaysia dan Türkiye bersepakat untuk meningkatkan usaha menangani sentimen Islamophobia yang semakin meningkat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pentingnya mengatasi stereotaip dan prasangka negatif terhadap Islam.

“Kami senada bahawa usaha memberi penjelasan perlu dipergiat.

“Sekiranya, isu mengenai Islam ini tiada jalan kesudahan maka natijahnya amat teruk untuk masa hadapan khususnya generasi akan datang,” katanya dalam kenyataan di akaun Facebook miliknya pada Khamis.

Anwar membincangkan perkara itu semasa mengadakan pertemuan dengan Presiden Türkiye TYT Recep Tayyip Erdoğan di Turkish House, New York.

Perdana Menteri juga memaklumkan, selain itu, turut dibincangkan adalah keperluan untuk meningkatkan kerjasama dua hala dalam bidang pelaburan dan perdagangan antaranya melibatkan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi membesarkan terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen (ISG) dan kerjasama ekosistem pertahanan antara kedua-dua negara.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *