Tempatan Mangsa lemas Sungai Seterap Lingga ditemui tanpa kepala dan tangan

Mangsa lemas Sungai Seterap Lingga ditemui tanpa kepala dan tangan

30

SRI AMAN: Ngeri. Begitulah gambaran keadaan mayat mangsa lemas di Sungai Seterap Lingga yang ditemukan tanpa kepala dan kedua belah tangan.

Mayat pekerja kapal warga Myanmar, Thein Wai Maung (35 tahun) ditemukan pada Rabu di sebelah hulu sungai itu kira-kira lima kilometer dari lokasi beliau terjatuh.

Lelaki malang itu dipercayai menjadi mangsa serangan sang bedal berdasarkan keadaan badannya yang tidak sempurna.

Menurut saksi kejadian, mangsa telah jatuh dari Kapal Ketara 10 pada jam 10:50 pagi Isnin lepas.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah digerakkan sejak Isnin membabitkan pihak Bomba Sri Aman, unit K9, Lembaga Sungai, JKR, PDRM, APM, Klinik Kesihatan Lingga dan pekerja kapal tersebut. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleKelab Sosial dan Rekreasi Kakitangan MBM Pelawa Pasukan Futsal Sertai Kejohanan Futsal Lelaki Terbuka Piala Datuk Bandar Miri 
Next articleTransformasi teknologi dan penyelidikan pertanian untuk tingkatkan pendapatan petani RM5,000 sebulan
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here