Tempatan Masa depan Sarawak lebih cerah di bawah GPS

Masa depan Sarawak lebih cerah di bawah GPS

28

KUCHING: Masa depan Sarawak lebih cerah di bawah kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ini kerana sepanjang pemerintahan GPS, politik Sarawak stabil dan masa depannya cerah dengan pembangunan yang berterusan.

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Sarawak telah mengalami kemajuan pesat berkat sokongan dan perpaduan kukuh rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum. 

Keadaan ini telah menyumbang kepada kemenangan berganda GPS dengan memenangi 76 kerusi daripada 82 yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak Disember lepas.

“Terima kasih rakyat Sarawak kerana menjaga perpaduan ini yang bukan sahaja kukuh di Satok malah di semua kawasan di negeri ini,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Tritahunan Parti PBB Cawangan DUN Satok Sesi 2022-2025 dan Ramah Tamah Aidilfitri di sebuah hotel terkemuka di Kuching pada Isnin.

Jelas Premier Sarawak lagi, kerajaan yang diplih rakyat harus menentukan hala tuju negeri dengan memberi keutamaan dalam urus tadbir yang baik.

Kepimpinan Sarawak sekarang ini mengguna pakai teknologi terkini dengan membawa negeri ini mengecapi kemajuan dan kepesatan dalam pembangunan.

Dalam perkembangan lain, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari meminta ahli-ahli PBB supaya menjaga parti dan semangat perjuangan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

“Kita akan bertanding di 31 kerusi Parlimen dan berusaha untuk menang kesemuanya agar GPS memiliki suara kuat di Parlimen. Insha Allah, GPS boleh menang,” katanya. 

Previous articleNewcastle musnahkan impian Arsenal ke Liga Juara-Juara
Next articleSkop dasar RUU Sumbangan Politik akan dibentang pada mesyuarat Kabinet – PM
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here