Tempatan Masalah bekalan bahan api di Kapit disebabkan gangguan jadual penghantaran

Masalah bekalan bahan api di Kapit disebabkan gangguan jadual penghantaran

8

KAPIT: Baru-baru ini, timbul isu masalah bekalan petrol dan diesel di kawasan ini yang meresahkan penduduk di Kapit.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alaexander Nanta Linggi telah turun padang dan melihat sendiri keadaan itu.

“Hari ini, jualan petrol dan diesel untuk kegunaan orang ramai di Kapit kembali pulih, selepas lori tangki selamat tiba dengan muatan bekalan 16,000 liter, masing-masing 10,000 liter petrol RON95 dan 6,000 liter diesel, kira-kira jam 3.30 petang tadi.

“Penghantaran segera bagi menyelesaikan masalah bekalan ini sekali gus menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa ia berpunca daripada tindakan yang disengajakan,” katanya dalam hantaran di laman Facebook miliknya pada Sabtu.

Ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit, masalah ini disebabkan sedikit gangguan terhadap jadual penghantaran bahan api itu.

“Masalah berkenaan difahamkan sudah selesai dan bekalan RON95, diesel akan dihantar mengikut jadual biasa, mulai esok dengan muatan keseluruhan 125,000 liter bagi menampung kegunaan orang ramai yang lazimnya mencukupi untuk tempoh 3 hari.

Previous articleKerajaan Sarawak berjaya tangani 292 kes kepada pemilik baharu
Next articleReka bentuk bangunan Gurdwara Sahib (Sikh Temple) tarik perhatian Premier Sarawak
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here