Tempatan Masjid baru Kampung Gumpey diluluskan pembinaannya

Masjid baru Kampung Gumpey diluluskan pembinaannya

1

GEDONG: Sebuah Masjid Baru Kampung Gumpey yang bernilai RM3.34 juta akan dibina tidak lama lagi.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah meluluskan pembinaannya selepas menghadiri taklimat pembinaanya yang diberikan Jabatab Kerja Raya (JKR) pada Jumaat.

Selepas itu, beliau menunaikan solat Jumaat bersama jemaah kampung di Masjid Darul Iman, Kampung Gumpey, Simunjan.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Dato Sri Nancy Shukri, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, Yang diPertua Majlis Islam Sarawak Datu Haji Misnu Taha dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong Datuk Haji Naroden Majais. -SN

Previous articleRangka mayat yang dijumpai adalah remaja dilaporkan hilang sebelum ini
Next articleMusim ‘bubuk’ di Miri kini kembali
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here