Tempatan

Matang Family Park Fasa 2, Taman Negara Matang & Taman Negara Kubah ditutup serta-merta

KUCHING: Matang Family Park Fasa 2, Taman Negara Matang dan juga Taman Negara Kubah ditutup serta-merta.

Sarawak Forestry Corporation (SFC) memberitahu, ketiga-tiga tempat itu ditutup susulan musim hujan yang berterusan sehingga menyebabkan banjir.

“Keselamatan pengunjung ke Taman Negara merupakan keutamaan pihak SFC,” katanya dalam hantaran Facebook yang dimuatnaik hari ini

SFC menyeru kepada orang awam untuk berhati-hati dan menjaga diri sepanjang musim hujan dan banjir ini dan sentiasa berjaga-jaga dengan persekitaran mereka.

Untuk orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi pihak pengurusan Taman Negara Matang di talian 011-6572 9228 atau Taman Negara Kubah di talian 011-6572 9242.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *